GOTONG ROYONG KEMASYARAKATAN

June 16th, 2008

Pada 8 Jun ( Ahad ) yang lalu bertempat di Ampang Campuran, Gagasan Anak Muda Ampang ( GAMA ) telah menganjurkan satu aktiviti Gotong Royong Kemasyarakatan khusus untuk membantu penduduk yang sering mengalami masalah Banjir Kilat. Alhamdulillah Gotong Royong yang julung kali di anjurkan ini mendapat respons yang baik dari penduduk setempat dan pelbagai pihak. Read the rest of this entry »

Read full article | No Comments »

Pelancaran GAMA Zon 19

June 9th, 2008

Alhamdulillah pada Jumaat yang lalu, GAMA Zon 19 yang melibatkan kawasan Ampang Indah, Bukit Indah, Tmn Rasmi Jaya dan Taman KOSAS telah selamat dirasmikan oleh YB Khasim, ADUN Kawasan Lembah Jaya. Program ringkas yang bermula jam 9.3o malam itu telah berjaya mengumpulkan puluhan anak muda dan juga para ibu bapa pelbagai bangsa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang pelan dan perancangan GAMA yang dirancang untuk pembangunan golongan anak muda di kawasan Ampang khususnya.

Read the rest of this entry »

Read full article | 2 Comments »

GAGASAN ANAK MUDA

June 6th, 2008

Salam buat semua anak muda khususnya yang berada di Ampang. Alhamdulillah setelah pelancaran Gagasan Anak Muda atau GAMA bagi zon 6 di Dewan Datuk Tahir Karim diadakan, pihak kami tidak henti-henti menerima permintaan untuk menjadi ahli sekaligus memeriahkan segala program dan aktiviti yang dianjurkan.

Kami juga menerima banyak input dari pelbagai pihak yang mahu berkerjasama dan memberikan sokongan demi mencapai matlamat membina golongan anak muda yang lengkap dengan ilmu dan kemahiran serta mempunyai jatidiri yang ampuh!

Kini setelah seminggu dirasmikan diperingkat zon, hari ini Jumaat 6 Jun gagasan ini akan melebarkan sayapnya di Zon 19, yang melibatkan kawasan seperti Taman Rasmi Jaya, Tmn Bukit Indah, dan Taman KOSAS.

Perasmian pada malam ini insyaallah akan dilakukan oleh YB Tuan Khasim Abd Aziz, ADUN Lembah Jaya pada jam 9.30 malam di Dewan Ampang Indah 2.

“Adalah diharapkan agar program pada malam ini akan mencapai kejayaan sepertimana program sama yang dianjurkan sebelum ini.”

Antara yang agenda yang menjadi hidangan para belia sekitar kawasan tersebut malam ini ialah ucapan perasmian dari YB Khasim Abd Aziz, Sesi Pengenalan GAMA & Aktiviti oleh Pengerusi GAMA, Sdr Nor Hizwan Ahmad dan juga sesi pembentangan program Latihan Automotif (ENJIN) oleh wakil pusat kemahiran Nusantara.

Adalah diharapkan agar program pada malam ini akan mencapai kejayaan sepertimana program sama yang dianjurkan sebelum ini.

Read full article | 1 Comment »